Jenis Basic Foundation yang Biasa Dijual Kat Pasaran

Lately ni kalau kita tengok dah makin banyak foundation yang local brands kat Malaysia ni buat kan.. Kalau uolls macam zaty, suka scroll fb memanjang, tahu tentang new brands/ new products melalui fb, mesti uolls biasa dengar foundation Charms, Bihan Girly MakeUp, Mamadil and so on. Bila kita ada macam-macam pilihan foundation yang dikeluarkan oleh brand ni, satu persoalan timbul di fikiran zaty : Banyaknya foundation. Ada jenis liquid, cake, cream, stick, powder.. mana yang paling sesuai untuk aku eh?

10-everyday-foundation-to-choose

Honestly, zaty pernah try foundation Mary Kay, Bihan Girly MakeUp, Maybelline. Semua ada pros and conts. First of all, kita kena kenal jenis kulit kita ni macam mana dulu sebenarnya sebelum decide nak pakai foundation jenis apa. Sebab kalau kulit jenis kering, salah pakai foundation akan buatkan kulit kita jadi semakin kering, menggelupas. kalau kulit jenis berminyak, salah pilih foundation akan buatkan muka kita bercapuk2 (cakey), bertambah2 minyak dan silap haribulan membiakkan jerawat kat muka…awwww tu yg tak nak tu

Haaa, tapi kena fahamkan dulu kenapa ye aku nak pakai foundation? Apa fungsi foundation sebenarnya ni. So, foundation ni sebenarnya bantu kita untuk tutup celaan di wajah. Contoh celaan macam garisan halus, parut, jerawat, tona kulit tak sekata disamping buatkan wajah lebih glowing dan segar. Untuk uolls yang tak suka pakai krim siang, pilihan foundation yang ada SPF boleh melindungi wajah daripada sinaran matahari yang boleh rosakkan kulit. Foundation ni juga dia bertindak sebagai kanvas pada wajah. Sebelum kita nak apply make up lain macam blusher, highlighter, eye-shadow dan sebagainya, of course kita kena apply foundation dulu.

LIQUID FOUNDATION

The most popular foundation type. Liquid Foundation mempunyai beberapa pilihan litupan (coverage) untuk kita. Kita boleh pilih sama ada nak yang litupan ringan atau natural (sheer or light cover), litupan medium ataupun nak litupan penuh. Terpulang kepada keadaan kulit wajah kita. Kalau jenis kulit wajah bersih, tiada cela better untuk pakai jenis litupan ringan sahaja. Sekadar untuk buat kulit wajah nampak glowing disamping nak lindunginya daripada sinar matahari yang kuat. Selain dari itu juga, liquid foundation juga mempunyai pilihan finishing result yang berbeza pada kulit wajah iaitu matte dan dewy. Matte akan membuatkan kulit wajah kelihatan tidak berminyak dan lembut (smooth) manakala dewy membuatkan kulit wajah lebih bersinar dan segar, kelihatan sedikit berminyak.

Liquid foundation sangat-sangat sesuai digunakan oleh uolls yang mempunyai kulit wajah normal atau kering. Kelebihan liquid foundation ialah ianya mampu kekalkan kelembapan wajah, tutup garis-garis halus, kedutan mahupun lubang pada wajah. Cara guna liquid foundation pun senang je. Kalau uolls punya jenis pump bottle, cuma pump sekali untuk light/sheer coverage atau 2-3 kali pump untuk medium coverage, kemudian titikkan sahaja pada dahi, dagu, pipi dan hidung. Kemudian, ratakan dengan menggunakan foundation brush atau dengan jari pun boleh.

CREAM FOUNDATION

Cream foundation sangat sesuai digunakan oleh uolls yang mempunyai kulit wajah kering. Mempunyai dua jenis cream foundation iaitu solid cream dan soft cream. Solid cream biasanya dalam bekas compact. Memberi efek sheer/light cover pada wajah dan boleh diaplikasi secara lebih untuk dapatkan efek medium atau litupan penuh di wajah. Cara penggunaan yang sangat senang. Cuma perlu pat (tepukkan) foundation tersebut dan ratakan ke wajah dengan menggunakan powder brush.

Soft cream pula berfungsi untuk uolls yang gemarkan efek medium sehingga ke litupan penuh (full coverage). Berbeza dengan liquid foundation, soft cream adalah lebih pekat, tabal dan likat seperti krim muka (bergantung kepada formulasinya) dan tak berikan efek litupan ringan (sheer/light coverage) macam liquid foundation. Ini bermakna, liquid foundation formulasinya adalah lebih ringan berbanding soft cream foundation. Walaubagaimanapun, sekiranya uolls suka gunakan soft cream foundation dan masih inginkan litupan yang ringan, uolls hanya perlu gunakan span basah dan sapukan (dab) foundation tersebut pada wajah. Ratakannya hanya dengan menggunakan jari atau berus yang sesuai. Untuk medium coverage, pastikan uolls apply hanya gunakan berus sahaja dan bukannya span.

STICK FOUNDATION

Sesuai digunakan untuk uolls yang sukakan litupan sederhana. Ianya sangat mudah digunakan dan hanya perlukan masa yang singkat untuk diaplikasi pada wajah. Mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu foundation juga concealer. Stick sangat-sangat bagus dalam menyamarkan parut atau celaan di wajah berbanding dengan jenis foundation yang lain yang hanya mempunyai fungsi litupan untuk wajah kelihatan tak berminyak atau dewy (bersinar). Stick juga menjadi kegemaran para make up artist atau yang pakar menggunakan make up dan juga uolls yang gemar buat ‘contour’ di wajah. Sebagai contoh, sekiranya uolls mempunyai tona wajah yang gelap, stick foundation boleh digunakan untuk buatkan wajah lebih cerah (shade) di bahagian pusat/tengah wajah, dan rona atau shade lebih gelap menghala ke garisan rambut (hairline)

Cara terbaik untuk gunakan stick foundation ialah dengan aplikasikan berus sesuai ke atas stick tersebut, dan ratakannya ke wajah. Stick foundaion sangat sesuai buat uolls yang gemarkan medium to full coverage dan ianya juga bertindak meninggalkan efek matte pada wajah.

POWDER FOUNDATION

Sangat sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit wajah normal, kombinasi, berminyak, mudah tumbuh jerawat , kulit sensitif dan juga untuk sesiapa sahaja yang tak gemarkan solekan tebal dan berat pada wajah. Kebaikan powder adalah sifatnya yang tidak menyumbat liang pori kerana formulasinya tak gunakan minyak atau ’emollient’. Oleh sebab sifat powder meninggalkan efek kering, ianya sangat bagus dalam penyerapan minyak di wajah dan menyebabkan wajah kelihatan lebih segar dan tidak berminyak. Walaubagaimanapun, Powder Foundation turut mempunyai kelemahan  yang mana ianya tak berikan litupan (coverage) sebaik jenis foundation yang lain. Sekiranya uolls mempunyai tona kulit wajah yang tak sekata atau parut, uolls perlu aplikasikan concealer terlebih dahulu sebelum gunakan powder foundation.

Terdapat 2 bentuk powder foundation iaitu loose powder dan compact powder serta dua jenis powder sama ada mineral atau bukan mineral powder. Sekiranya kulit wajah mudah untuk rosak atau sensitif serta inginkan litupan medium atau penuh, adalah baik untuk uolls pilih loose mineral powder foundation. Cara penggunaan yang mudah. Hanya perlu gunakan berus. Pusingkan berus tersebut ke dalam loose powder, kemudian tepukkan sedikit berus tersebut untuk membuang lebihan powder ke dalam bekasnya kembali (untuk mengelakkan dari membazir). Sapu ratakan di wajah dengan gerakan membulat (circular motion). Pastikan aplikasi make up lain seperti blusher dalam bentuk powder juga selepas penggunaan foundation ini untuk mengelakkan daripada kesan bercapuk.

Powder compact foundation sangat digemari oleh uolls yang nakkan litupan penuh serta meninggalkan efek matte. Pemakaiannya membolehkan uolls ‘skip’ pemakaian bedak lain selepasnya. Cuma apa yang perlu ialah, pastikan dan bezakan powder compact foundation dengan bedak compact biasa. Salah satu jenis powder compact foundation ialah two way cake. Perlunya uolls bezakan compact foundation dengan bedak compact biasa (finishing powder) adalah kerana bedak compact perlu diaplikasi selepas penggunaan foundation jenis lain (liquid, stick, cream). Sekiranya powder compact foundation diaplikasi ke atas make up atau foundation selainnya, ianya akan membuatkan wajah kita bercapuk dan tak sekata malah boleh merosakkan make up di wajah. Cara penggunaan powder compact foundation ini hanya menggunakan span kering yang disertakan sekali dalam casing dan ratakan foundation tersebut pada wajah.

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s