BB Cream, CC Cream, DD Cream. Apakah fungsi dan keperluannya?

Honestly, dunia make up sekarang bagi zaty tersangatlah advance kan. Dalam masa beberapa tahun je, betapa banyaknya produk baru, teknologi baru dalam make up yang diperkenalkan pada kita. So, kali ni jom kita kupas sikit-sikit tentang 3 krim dengan double words ni.

bb-cc-dd-cream-creme-alfabeto-primer-make-anti-aging-idade-tratamento-cuidado-pele-jovem-bonita-diva-5

BB CREAM

BB stood for “Blemish Balm”. Blemish ni maksudnya macam ketaksempurnaan pada kulit wajah, tona warna yang tak sekata, bekas jerawat, jeragat dan sebagainya. Sometimes BB ni juga dikenali sebagai “Beauty Balm”. BB Cream bertindak sebagai foundation ringan (kerana sifatnya lebih ringan dari foundation sebenar) yang berikan litupan ringan pada wajah (sheer coverage) dan bertindak sebagai krim multivitamin kerana mempunyai pelbagai tugas tambahan seperti pelembap, asas krim solekan (primer), perlindungan UV (sunscreen), anti ageing, concealer, dan pencerahan.

Tinted Mosturizers juga mempunyai peranan yang sama seperti BB Cream. Kalau uools tak jumpa BB Cream yang sesuai, mungkin boleh cuba Tinted Mosturizer kerana fungsi kedua-dua krim ini adalah sama. BB Cream sangat sesuai digunakan oleh uolls yang mempunyai kulit normal ke  kulit jenis kering kerana BB Cream mempunyai fungsi untuk mengekalkan kelembapan pada wajah. Kalau uolls perlukan perlindungan dan pelembapan ekstra, cuma perlu aplikasikan serum atau krim pelembap atau kedua-duanya sebelum gunakan BB Cream. Cara penggunaan BB Cream pun mudah sangat. uolls just titikkan cream BB di 5 point penting wajah iaitu dahi, hidung, dagu dan kedua-dua belah pipi serta ratakannya di seluruh wajah hanya dengan gunakan jari atau span basah ataupun berus yang sesuai.

CC CREAM

CC Cream adalah terma bagi “Colour Correcting” atau “Complexion Corrector” atau “Colour Control”. CC Cream dirumus khas bagi uolls yang yang nak tingkatkan atau perbaiki tona kulit wajah (uneven skin tones). CC Cream jadi pilihan untuk mereka yang sukakan litupan ringan pada wajah (sheer coverage) berbanding BB Cream (Sifat CC Cream yang lebih ringan dari BB Cream). CC Cream juga mengandungi pelindung UV (sun protection), pelembap wajah, agen pencerah wajah primer, foundation ringan dan kadang-kadang diformulasi dengan bahan untuk tingkatkan kolagen pada kulit wajah. CC Cream biasanya digunakan apabila kulit wajah menjadi kemerah-merahan (mungkin disebabkan oleh sunburn) atau kulit wajah yang terlalu pucat (untuk buatkan wajah tampak lebih segar bersinar), bintik-bintik hitam, parut jerawat dan jerawat.

CC Cream sangat sesuai untuk uolls yang mempunyai kulit wajah yang berminyak atau mudah naik jerawat (acne prone skin) oleh sebab formulasinya yang lebih ringan daripada BB Cream dan tidak berminyak. Tapi CC Cream tak sesuai untuk wajah yang berpigmentasi serta kering. Cara yang terbaik untuk aplikasikan CC Cream pada kulit wajah adalah dengan menggunakan jari. Pastikan uolls letakkan atau dotkan CC Cream pada 5 point utama wajah iaitu dahi, hidung, kedua-dua belah pipi dan dagu serta ratakannya dengan jari sahaja.

DD CREAM

Dikenali sebagai “Daily Defence” atau “Dynamic Do All” atau “Disguise & Diminish”. Menggabungkan fungsi BB Cream dan CC Cream. Tekstur DD Cream adalah lebih ringan berbanding CC Cream. DD Cream juga sama seperti BB Cream dan CC Cream. Ianya mempunyai fungsi mencerahkan, pelindung uv serta mempunyai agen anti-penuaan Fokus utama DD Cream ialah menentang tanda-tanda penuaan (anti aging) dengan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan di wajah apabila menggunakan DD Cream dalam jangka masa yang panjang. DD Cream juga berfungsi untuk seimbangkan tona kulit wajah disamping melindungi beberapa bahagian sensitif pada wajah.

Macam mana nak pakai DD Cream? Tekniknya sama macam BB Cream dan CC Cream iaitu dengan gunakan jari. Pastikan uolls letakkan atau dotkan DD Cream pada 5 point utama wajah iaitu dahi, hidung, kedua-dua belah pipi dan dagu serta ratakannya dengan jari sahaja.

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s