Makeup Primer. Fakta yang Perlu Anda Tahu

Makeup Primer ialah produk gel bebas minyak (oil free gel) yang disapukan pada kulit wajah atau bibir atau bulu mata (bergantung kepada target wajah) sebelum aplikasi makeup yang lain seperti foundation, concealer, bedak, lipstick, mascara dan sebagainya. Ini bermakna, Makeup primer terdiri daripada beberapa jenis (bergantung kepada target wajah) seperti foundation primer, lip primer, eyelid primer, mascara primer. Untuk kali ini, zaty nak cerita pasal foundation primer dulu.

bestprimers_feat

Fungsi makeup primer adalah untuk bantu makeup jadi  bertahan lebih lama pada wajah selain daripada menutup celaan wajah seperti pori wajah, tona tak sekata, garis halus, kedutan wajah dan bintik hitam. Makeup Primer sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, mudah naik jerawat (acne prone skin) dan berminyak kerana Makeup Primer biasanya diformulasi dari silicone dan bukannya minyak. Dan ianya sangat membantu kulit wajah untuk tak kelihatan berminyak atau mengurangkan minyak pada wajah. Kebanyakan Makeup Primer adalah gel yang tidak berwarna. Tapi ada juga Makeup Primer  yang berwarna (tinted) yang mempunyai fungsi untuk menyamaratakan tona kulit wajah.

4 Langkah Penting Dalam Memilih Makeup Primer Dengan Betul

LANGKAH 1 : PILIH MAKEUP PRIMER MENGIKUT KEPERLUAN KULIT WAJAH

Oleh sebab makeup primer di pasaran mempunyai pelbagai jenama dan fungsi macam kurangkan/cover garis halus atau kedutan pada wajah, lindungi/cover pori pada wajah, samaratakan tona kulit wajah, kurangkan minyak atau wajah bersinar akibat minyak dan sebagainya, adalah sangat penting untuk kita tahu dan kenal kulit wajah kita supaya kita dapat buat pilihan makeup primer dengan tepat. Caranya sangat mudah. Uolls hanya perlu periksa label pada tiub atau botol makeup primer tersebut. Sebagai contoh, untuk tujuan kurangkan garis halus dan kedutan pada wajah, uolls just dapatkan makeup primer yang mempunyai label “pro-reducing” atau “anti-aging”

LANGKAH 2 : NILAI KULIT WAJAH ANDA DAN PASTIKAN SAMA ADA ANDA PERLUKAN COLOR CORRECTING PRIMER ATAUPUN TIDAK

Sekiranya uolls mempunyai bintik hitam (dark spot) pada wajah, lingkaran hitam bawah mata, kulit kemerahan atau terlalu pucat, uolls disaran untuk dapatkan color tinted primer yang berfungsi untuk meneutralkan atau samaratakan warna dan tona kulit wajah. Color tinted primer mempunyai beberapa jenis pilihan warna yang mempunyai fungsinya tersendiri

  1. Primer dengan warna hijau bantu untuk kurangkan kesan kemerahan yang keterlaluan pada wajah. Ianya sangat membantu sekiranya uolls alami kesan sunburn pada wajah
  2. Primer dengan warna kuning bantu kurangkan kesan merah yang sikit/ringan atau wajah yang kelihatan merah-pink
  3. Primer berwarna peach atau oren bantu kurangkan bintik hitam, pigmentasi, parut jerawat yang kehitaman
  4. Primer dengan warna lavender membantu membetulkan kulit wajah yang mempunyai tona sangat pucat atau kekuningan

LANGKAH 3 : KENALPASTI KULIT WAJAH JENIS KERING, BERMINYAK ATAU NORMAL?

Primer mempunyai bahan/formulasi, berat dan tekstur yang berbeza yang membantu kulit wajah yang berbeza untuk kelihatan lebih sempurna. Kalau uolls tak pasti dengan jenis kulit wajah, uolls hanya perlu basuh muka dengan pencuci wajah biasa (gentle cleanser) dan biarkannya kering. Lepas 15-20 minit, apa yang uolls boleh rasa dan lihat pada kulit wajah? Adakah berminyak atau kering atau lembap (normal) sahaja?

  1. Kalau berminyak, uolls disaran untuk pilih mattifying primer yang membantu serap minyak berlebihan seterusnya kurangkan kilatan pada wajah. Primer yang mengandungi salicylic acid juga boleh bantu serap minyak berlebihan di wajah
  2. Sekiranya uolls berasa kering dan tegang, uolls mempunyai kulit wajah kering. Uolls disaran untuk pilih primer berasaskan gel atau illuminating primer yang mempunyai fungsi untuk hindarkan kulit wajah daripada kering.
  3. Kalau kulit wajah terasa lembut dan lembap, ianya bermaksud kulit wajah jenis normal. Takde masalah untuk pakai foundation primer jenis yang macam mana dan uolls bebas pilih efek terbaik macam yang uolls target.

LANGKAH 4 : PERIKSA SAMA ADA PRIMER ADALAH BERASASKAN AIR ATAU MINYAK

Sebaik-baiknya, pilihlah primer yang formulasi asasnya sama macam foundation supaya tak berlawanan atau tak boleh bersatu pada wajah yang boleh rosakkan makeup secara keseluruhannya. Secara fakta, air tak boleh bersatu dengan minyak. Kalau Primer berasaskan air, maka foundation juga perlu dari asas yang sama. Ambil perhatian juga sama ada Primer mengandungi silicone ataupun tak kerana Primer silicone dan foundation berasaskan minyak apabila diaplikasikan bersama pada wajah akan menyebabkannya berbintik-bintik dan tidak “smooth”

  1. Apabila pilih Primer pada kali pertama, pastikan uolls mencuba sample yang diberikan dengan menyapukan Primer tersebut kat atas tangan. Bila Primer dah kering, cuba aplikasi sikit foundation yang biasa uolls pakai. Kalau nampak halus dan lembut tanpa bintik atau bercapuk (cakey), ini bermakna Primer tersebut sesuai dipandankan dengan foundation uolls
  2. Pastikan uolls tak allergik dengan silicone. Cuba sikit Primer pada kulit tangan. Kalau terdapat radang, kemerahan atau bintik merah, ini bermakna kulit uolls allergik dengan silicone.

5 Langkah Mudah Aplikasi Primer Makeup

LANGKAH 1 : CUCI WAJAH UOLLS DENGAN PEMBERSIH WAJAH (CLEANSER)

Langkah ini sangat penting untuk bersihkan wajah daripada sebarang kotoran, minyak dan habuk sebelum aplikasi sebarang krim atau makeup di wajah. Pastikan juga tangan dicuci bersih kerana kebanyakan makeup dan krim yang akan diaplikasi pada wajah akan menggunakan jari

LANGKAH 2 : PAKAI ATAU APLIKASI PELEMBAP WAJAH (MOSTURIZER)

Satu fakta yang perlu diingati : Primer tak akan sesekali menggantikan mosturizer kerana ia adalah 2 produk yang berbeza fungsi. Mosturizer merupakan vitamin pada kulit yang melindungi dan mengekalkan kesihatan kulit wajah. Sedangkan fungsi utama Primer adalah kekalkan foundation untuk bertahan lebih lama pada wajah. Pastikan uolls biarkan mosturizer menyerap elok ke dalam kulit wajah dan kering sempurna, sekiranya kulit masih terasa agak basah dan lembap, biarkannya selama beberapa minit sebelum mula mengaplikasi primer.

LANGKAH 3 : PICITKAN PRIMER SEBESAR SAIZ KACANG PEAS (ATAU LEBIH KECIL DARI ITU) PADA HUJUNG JARI

Menggunakan Primer dengan terlalu banyak hanya akan menyebabkan foundation menjadi bercapuk dan tidak sekata pada wajah. Cukup hanya sebesar saiz kacang peas atau lebih kecil dari itu untuk disapu pada keseluruhan wajah

LANGKAH 4 : APLIKASI PRIMER PADA PUSAT WAJAH DAN RATAKANNYA PADA KESELURUHAN WAJAH DENGAN LEMBUT DAN GERAKAN MEMBULAT

summer3

Gerakan membulat yang dibuat haruslah sama seperti cara mengaplikasi mosturizer tadi. Gunakan hanya 2 jari iaitu jari hantu (paling tengah) dan jari manis waktu nak ratakan Primer. Ratakan Primer pada keseluruhan wajah dan pastikan ianya turut rata pada keliling mata. Sekiranya cuolls tak gunakan eyelid primer,  maka foundation primer ini boleh diratakan pada kelopak mata secara lembut supaya makeup mata seperti eyeliner dan eye colour juga boleh bertahan lebih lama. Untuk membuatkan lipstick lebih kemas (tidak terkeluar pada garisan bibir) dan tampak lebih terang dan jelas (bold) pada bibir, cikpuan juga boleh aplikasikan secara nipis Primer pada permukaan bibir.

LANGKAH 5 : BIARKAN PRIMER MENGERING DENGAN SEMPURNA PADA WAJAH

Langkah ini hanya perlukan beberapa minit sahaja sebelum aplikasi foundation dibuat pada wajah. Bagi sesetengah orang, mereka lebih suka untuk tidak memakai foundation (skip foundation step) oleh sebab memiliki kulit wajah yang kurang atau tidak bermasalah dan cukup hanya dengan pemakaian Primer untuk minimumkan penampakan liang pori atau hanya untuk menambahkan kecerahan/keserian kulit wajah. Kalau uolls pilih untuk tak pakai foundation, uolls boleh teruskan dengan aplikasi makeup yang lain macam pemerah pipi dan sebagainya.

Untuk pemakaian foundation, uolls hanya perlu aplikasikannya secara nipis dan sikit demi sikit tambah lapisan foundation yang diperlukan sampai menepati keperluan kulit wajah. Tapi sebenarnya, aplikasi foundation yang nipis sebenarnya dah mencukupi oleh sebab pemakaian Primer yang turut membantu hasilkan kulit wajah yang cantik. Penggunaan foundation seharusnya membantu kulit wajah untuk kelihatan lebih halus dan licin dengan bantuan primer tadi. Tanpa penggunaan primer atau apabila mengaplikasikan foundation semata-mata, garis halus dan kedutan agak susah untuk disorokkan atau dilindungi (oleh sebab itu foundation semata-mata perlu diaplikasikan sebanyak beberapa lapisan bagi menutup kedutan wajah).

Pastikan uolls pakai quick dusting atau tranlucent powder sebagai finishing selepas aplikasi foundation dibuat. Sekiranya primer berasaskan silikon dan foundation berasaskan minyak, finishing powder tadi boleh menghindarkan makeup daripada kelihatan comot dan bercapuk.

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s