3 Langkah Mudah Nak Pakai Foundation

Foundation, foundation, foundation. Dulu zaty selalu ambil ringan tentang pemakaian foundation pada muka. Janji bertepek sudah.hahaha. Rupa-rupanya lepas baca dan study tentang foundation ni, barulah tahu fungsi utama foundation adalah untuk buatkan muka kita tampak smooth, takde cela dan dalam masa yang sama berikan wajah natural dan tak macam ditempekkan sesuatu yang sangat berbeza dari warna sebenar kulit wajah. Sebelum kita nak apply foundation, ada 4 perkara PENTING yang kita kena ambil tahu untuk pilih foundation yang betul dan sesuai dengan kulit muka kita.

way-to-apply-liquid-foundations

1) Teori warna- Ketahui apakah warna dasar kulit uolls (undertone skin)

Perkara pertama yang perlu uolls buat ialah kenalpasti kulit wajah melalui warna dasar kulit sama ada hangat (kuning), sejuk (pink) atau neutral. Salah satu cara untuk bagaimana kita hendak “identify” atau kenalpastinya ialah dengan melihat urat darah pada pergelangan tangan. Sekiranya ia berwarna biru atau ungu bermakna uolls seorang yang sejuk, hijau atau olive adalah hangat dan sekiranya uolls mempunyai warna urat darah hijau dan biru, ini bermakna uolls dalam kategori neutral. Untuk maklumat extra tentang warna dasar kulit, uolls boleh mengetahuinya dengan klik link ini : https://skinhealthdiscovery.wordpress.com/2016/09/16/bagaimana-untuk-memilih-warna-foundation-yang-sesuai-untuk-kulit-wajah/

140404_foundation-skintones

2) Pilih litupan (coverage) yang sesuai dengan kemahuan uolls

Coverage ialah kadar litupan yang kita perlukan untuk tampak natural mengikut keperluan kulit wajah dan bukan seperti menempekkan sesuatu yang obvious pada wajah. Contohnya kalau terlebih litupan akan nampak macam badut atau tepung gomak, kalau terkurang litupan pulak akan menampakkan kekurangan dan kekusaman wajah. Terdapat 4 jenis litupan iaitu penuh (full), sederhana (medium), separuh atau litupan ringan (partial or sheer coverage). Uolls akan jumpa semua warna foundation pada litupan yang berbeza. Uolls perlu pastikan finishing yang macam mana untuk kulit wajah kelihatan terbaik.

3) Cuba foundation tersebut pada wajah. Adakah ianya menghilang atau nampak natural?

Selepas uolls dah pastikan tona kulit wajah, pilih beberapa jenis warna atau tona foundation untuk dicuba. Pastikan uolls try foundation tersebut pada rahang wajah dengan berlatarbelakangkan pencahayaan luar (lighting environments). Warna foundation yang betul dan serasi akan jadi seolah-olah menghilang bila disapukan pada wajah. Dengan erti kata lain tampak natural seperti warna kulit wajah yang sebenar.

4) Dapatkan warna foundation yang boleh diubah suai warnanya (custom color)

Sekiranya uolls mengalami masalah atau kekeliruan dalam memilih antara 2 warna foundation yang hampir sama, adalah disarankan untuk mengambil/memilih foundation yang lebih cerah warnanya (antara 2 warna tersebut) sebabnya uolls boleh olah/alter warna foundation tu dengan menambah/campurkan sedikit bronzing powder atau blusher dan disesuaikan dengan tona kulit wajah uolls.

3 LANGKAH MUDAH UNTUK APLIKASI FOUNDATION PADA WAJAH

LANGKAH 1

Gunakan berus untuk pakai foundation pada wajah. Penggunaan berus membantu untuk meminimumkan (tidak membazir/tidak berlebihan) kuantiti foundation yang digunakan disamping aplikasi ke atas wajah adalah lebih lembut.

LANGKAH 2

Calitkan (dab) 3 calitan foundation pada dahi, 2 calitan pada kedua-dua pipi dan 2 calitan pada dagu. Ratakan foundation tersebut daripada dahi, turun ke hidung. Kemudian dari hidung, sapu ratakan ke luar muka (ke pipi). Untuk dapatkan litupan yang mencukupi (ikut keperluan kulit wajah), sapukan hanya satu lapisan foundation yang memberikan efek litupan penuh (full coverage). Pastikan uolls bersihkan berus lepas digunakan untuk elakkan dari muka kelihatan comot/bercapuk pada pemakaian foundation yang seterusnya

LANGKAH 3

Celup dan tepukkan berus (fluffy brush) ke dalam bedak (finishing powder) dan ratakannya pada wajah. Untuk kulit wajah jenis berminyak, gunakan translucent powder selepas foundation diaplikasikan ke wajah.

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s