8 Cara Efektif Buatkan Makeup Nampak Fresh Tanpa Minyak Sepanjang Hari

Masalah utama orang pempuan yang mempunyai kulit jenis kombinasi dan berminyak ialah muka akan menjadi mudah dan kerap berminyak dalam tempoh 20 minit- satu jam selepas muka dicuci. Muka akan menjadi bertambah berminyak ketika wajah dalam “makeup mode” oleh sebab bahan yang terkandung dalam makeup tersebut yang merangsang pengeluaran minyak terutama sekali sekiranya kita gagal memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit wajah.

Berikut 8 Cara Efektif Untuk Bagaimana Kita Boleh Buatkan Makeup Pada Wajah Boleh Bertahan Lama Bebas Minyak :

1) AMALKAN PAKAI PRIMER DULU SEBELUM APLIKASI FOUNDATION

mary-kay-foundation-primer-sunscreen-broad-spectrum-spf-15

Penggunaan primer foundation sangat membantu bahan-bahan makeup seperti foundation, blusher, concealer dan sebagainya bertahan dan terus terletak pada kulit wajah. Dapatkan primer anti-minyak atau anti-kilatan  dan tumpukan aplikasinya pada T-Zone iaitu dahi, hidung dan dagu. Pastikan anda menyapu primer selepas mencuci wajah dengan bersih dan sebelum aplikasi foundation,bedak, dan sebagainya diaplikasikan ke wajah.

2) GUNAKAN OIL MATTIFIER

mary-kay-oil-mattifier

Sekiranya anda mempunyai kulit jenis terlalu berminyak atau mudah tumbuh jerawat (acne prone skin), oil mattifier sangat membantu menyerap minyak yang berlebihan pada wajah dengan serta-merta. Ianya turut berfungsi untuk mengurangkan kilatan pada wajah. Cara penggunaan oil mattifier adalah dengan menyapu nipis dan sekata pada wajah selepas rutin mencuci muka dan sebelum pemakaian primer dan foundation

3) JANGAN PAKAI BEDAK/POWDER SECARA BERLEBIHAN PADA WAJAH

mary-kay-translucent-loose-powder

Aplikasi bedak secara berlebihan pada wajah hanya akan membuatkan liang pori dipaksa untuk merembeskan lebih banyak minyak pada permukaan wajah. Pemakaian bedak seharusnya diaplikasi pada kawasan yang kelihatan berkilat. Sangat dicadangkan untuk menggunakan formula “matte translucent” powder kerana ianya mampu untuk mengurangkan kilatan dan sesuai diaplikasikan di semua jenis tona wajah.

Kalau uolls terlebih tepek bedak, uolls cuma perlu lembapkan span foundation dan tekapkan sikit demi sikit ke atas bedak yang berlebihan tadi.

4) JANGAN LUPA UNTUK BAWA BLOTTING PAPER KEMANA-MANA

mary-kay-beauty-blotters-oil-absorbing-tissues

Blotting paper atau kertas penyerap minyak wajah sangat-sangat bantu uolls untuk tampilkan wajah segar dan flawless sepanjang hari. Masalah utama orang yang mempunyai kulit wajah jenis berminyak adalah tak kira betapa flawless dan matte nya kita makeup dari pagi, akhirnya wajah akan jadi berminyak-minyak dan berkilat-kilat bila masuknya waktu tengah hari.

Sesetengah blotting paper hanya berfungsi menyerap minyak berlebihan pada wajah. Ada juga yang mempunyai kandungan bedak yang turut berfungsi untuk menyerap minyak tersebut. Namun kadang-kala, orang yang mempunyai kulit jenis sensitif akan allergik dengan bedak tersebut. Cara untuk menggunakan blotting paper ialah, uolls hanya perlu tekapkan kertas tersebut pada kawasan-kawasan yang berminyak. Elakkan daripada sapu atau gosok kertas blotting pada wajah kerana ianya akan mencomotkan atau merosakkan makeup.

5) CARI PRODUK SKINCARE DAN MAKEUP YANG BEBAS MINYAK SERTA BOLEH BERTAHAN LAMA PADA WAJAH

Disebabkan kulit jenis berminyak menghasilkan minyak berlebihan secara natural, uolls harus cari dan dapatkan produk kegunaan wajah seperti skincare dan makeup yang formulasinya adalah bebas minyak atau formulasi khas untuk kegunaan kulit jenis berminyak. Pastikan produk tersebut ada label oil-free dan noncomeodogenic yang bermaksud tidak menyumbat liang pori serta long wear atau long-lasting yang menunjukkan produk tersebut boleh bertahan lama pada wajah, tidak mudah cair atau bercapuk.

Untuk set penjagaan wajah terutamanya pencuci wajah dan toner, sangat disarankan untuk mendapatkan produk yang mengandungi bahan glycolic acid atau salicylic acid yang berfungsi untuk mengurangkan dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan

6. DAPATKAN PELEMBAP WAJAH YANG RINGAN DAN LEMBUT

mary-kay-oil-free-hydrating-gel

Untuk kegunaan di siang hari, better untuk uolls apply krim siang yang boleh lembapkan wajah dan dalam masa yang sama mampu halang atau kawal minyak yang berlebihan pada wajah. Adalah sangat penting untuk memakai mosturizer kerana ianya berfungsi sebagai krim vitamin untuk kulit wajah di samping merawat kulit dari dalam. Dan jangan lupa juga untuk memakai sunscreen atau krim pelindung matahari yang juga bebas minyak. Selepas uolls sapu sunscreen, pastikan uolls letak tisu ke atas wajah secara mendatar (flat) untuk menyerap krim yang berlebihan sebelum aplikasi makeup base dibuat

7. AMALKAN PENGGUNAAN MASKER SESUAI UNTUK MENGURANGKAN MINYAK BERLEBIHAN PADA WAJAH

mary-kay-botanical-effects-mask-formula-3

Penggunaan masker sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mampu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan pada wajah. Dapatkan masker yang mengandungi bahan kaolin atau bentonite yang sangat sesuai untuk kulit wajah berminyak kerana ianya secara natural menyerap minyak dan kotoran yang tersumbat dalam liang pori disamping mengurangkan keradangan pada wajah.

Picit masker sebesar saiz kismis dan aplikasikan ke seluruh wajah. Tinggalkan ia selama 15 minit sebelum membilasnya dengan air suam untuk mendapatkan hasil matte secara serta-merta.

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s