Asid Mantle Perisai Power untuk kulit Muka

Uolls biasa tak dengar pasal asid mantle? Ekceli asid mantle ni bukan nama peroduk taw. Dia adalah satu lapisan pelindung kulit yang sangat nipis, kedudukannya kat lapisan paling luar kulit, dihasilkan secara semulajadi oleh kulit kita sendiri yang terdiri daripada minyak, beberapa jenis asid, peluh dan lembapan semulajadi kulit.

img-srczero-xeno-blog-acid-mantle-width1200-height625-altzero-xeno-movement

pH asid mantle sedikit berasid iaitu dalam range 4.5-5.5 dan yang amazing sangat dia adalah waterproof! Sebab apa dia tak telap air? Sebab dia nak cegah air dan kelembapan dari dalam kulit keluar ke permukaan dan nak pastikan sel kulit sentiasa dalam keadaan yang ketat, tegang, saling berpaut antara satu sama lain dan kedudukan mereka mesti rata sepanjang masa.

So, segala mak nenek SIFAT yang ada pada asid mantle ni tersangatlah penting untuk cegah pembiakan dan tindakan bakteria, kuman, hama daripada buat kenduri kat permukaan kulit ataupun bersemayam sesuka hati kat bahagian dalam kulit kita yang semuanya jadi penyebab jerawat atau jangkitan pada kulit.

Tapi yang sedihnya, asid mantle sangat-sangat mudah dimusnahkan hanya dengan pencuci muka yang kita gunakan hari-hari. Pencuci muka atau sabun muka yang biasa kita gunakan bersifat alkali. Dan alkali akan meneutralkan asid mantle yang ada pada muka.

Neutral=asid mantle tu hilang daripada permukaan kulit.

Antara cara nak detect pencuci/sabun muka tu ada alkali yang kuat ialah lepas cuci muka, kita akan rasa kulit jadi tegang sampai susah nak senyum. Tanda-tanda kulit dah terkena dengan sabun/pencuci muka yang kuat ataupun kulit dah kehilangan asid mantle ialah:

1) Kulit jadi tersangat kering sepanjang hari
2) Kulit merengsa, kemerahan dan menjadi sangat sensitif
3) Kulit sangat mudah tumbuh jerawat terutama jerawat besar-besar

Sekali asid mantle dirosakkan atau hilang dari permukaan kulit, ia akan ambik masa 15 minit ke 14 jam untuk dibina semula. Jadi uolls bayangkan kalau sehari cuci muka pakai cleanser sampai 3,4 atau 5 kali sehari? Besar kemungkinan asid mantle kat kulit uolls tak berpeluang nak dibina semula dan secara tak langsung terjemput bakteria dan kuman untuk berumah kat kulit uolls. Seram kan?

So macam mana cara untuk uolls kekalkan asid mantle ni kat kulit tanpa rosakkannya?

  1. Pilih pencuci muka yang nilai pH 6.5-7 (slightly natural ke natural).
  2. Cuci muka hanya dua kali sehari sahaja. Walaupun asid mantle hilang pada wajah bila uolls cuci muka pada waktu pagi, at least dia boleh dibina semula dan lindung kulit uolls sepanjang hari
  3. Kalau uolls rasa kulit muka tegang, menggelupas lepas dicuci, dan efek ni berlarutan sampai 3-5 jam, uolls boleh alirkan atau basuh muka dengan cuka epal yang tak ditapis (unfiltered apple cider vinegar). Sebab cuka epal ni dia boleh bantu untuk bina semula Asid Mantle dengan cepat dan dia punya pH pun hampir sama dengan pH Asid Mantle

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s