Berapa Kali Sehari Kena Cuci Muka?

Hai uolls, untuk orang kulit kering atau yang kulit berminyak, berapa kali sehari kita kena cuci muka pakai cleanser? Jawapannya iaaalaahhh dua kali sehari. Yeayyy uolls yang biasa cuci muka 2 kali sehari tu dah betul. Tahniah!!

Orang yang kulit kering biasanya tak hadapi masalah cuci muka sangat. Yang biasa dalam dilema, terlebih-lebih cuci muka sampai tiap kali nak solat 5 waktu dia tenyeh cleanser kat muka ialah orang yang jenis kulit berminyak. Betul tak?

Kalau uolls nak tahu, bila uolls cuci muka lebih daripada 2 kali sehari, 3 benda ni akan jadi kat muka uolls :

+ cleanser tu akan buatkan kulit muka uolls hilang lembapan dan ubah minyak semulajadi kulit uolls sendiri.

+ Masalah besar bagi orang kulit berminyak bila hilang lembapan tau. Sebab sel kulit akan detect kata kulit SEDANG KERING

+ dan SIGNAL akan dihantar ke kilang minyak untuk hasilkan lebih banyak minyak pada muka.

Sebab tu kalau uolls perasan, cuci lah muka banyak kali sehari, minyak tetap tak kurang-kurang. Tapi jadi makin BERTAMBAH sampai rasa boleh buat goreng ikan. Kadang jadi lagi teruk bila JERAWAT dah mula tumbuh sana-sini. Itu sebab minyak dah sumbatkan liang pori pastu bercampur dengan bakteria.

Habes tu zaty, macam mana nak bagi kulit ni kurang minyak?

1) Wajib cuci muka hanya 2 kali sehari sahaja. Waktu bangun pagi dan malam sebelum tido

2) selalu standby KERTAS MINYAK (oil blotting paper) dalam handbag atau poket. Kertas minyak boleh serap lebihan minyak pada muka dan cegah jerawat tumbuh sesuka hati

3) pakai loose powder/compact powder KHAS untuk kulit berminyak. Yang ni zaty ada jumpa kat outlet SKIN FOOD. Harga dalam RM 43 kalau tak silap

4) Cuci muka dengan air suam. Air suam boleh buang minyak pada muka lebih bagus daripada air sejuk. Pastu dia akan buka liang pori buatkan kita jadi mudah untuk cuci muka dengan lebih bersih, buang segala minyak yang menyorok dalam pori tu. Habis cuci muka, tutup balik liang pori dengan cara sapu muka kita dengan air sejuk atau air biasa macam kita ambik wudhuk tu ataupun pakai toner.

Semoga post zaty ni bantu uolls untuk dapat kulit muka yang lebih sihat. InshaaAllah

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s