Berapa Banyak Nak Pump Serum Muka untuk Sekali Pakai?

Uolls pernah tak rasa KONFIUS tiap kali nak pakai #Cleanser #Serum#KrimMuka. Berapa banyak nak kena sapu kat muka? Kalau cleanser jenis tiub tu, nak picit banyak mana baru berkesan cuci muka bersih. Kalau serum pulak, nak titikkan berapa titis ye untuk cover satu muka?

Tapi sayang sangat taw. Kita selalu fikir kalau pakai lagi banyak, maksudnya lagi berkesan. Kalau muka berminyak, kita fikir kena picit cleanser tu sebesar saiz kurma untuk buang semua minyak yang berkolam kat muka.

Sampaikan sabun basuh DYNAMO pun ada buat kajian, diorang jumpa yang rakyat Malaysia ni suka tuang sabun banyak-banyak dalam mesin sebab kita rasa ngan cara macam tu baru baju jadi bersih.

Ahaaa, sebab tu kita suka tepek krim muka banyak-banyak, tuang serum separuh botol kan. Hikhikhik. Nehi Nevi Tudiaaa uolls. Salah-salah-salah sangat mentaliti macam tu taw. Kita patut gunakan kuantiti skincare OPTIMUM untuk dapatkan hasil yang baik pada kulit wajah. Bukan kuantiti MAKSIMUM.

Kuantiti optimum tu macam mana ye zaty?

Kuantiti optimum ni kuantiti paling sesuai yang kita perlu guna untuk cover seluruh kulit muka supaya dapat bagi efek yang paling berkesan pada wajah.

+Picit pencuci muka sebesar saiz syiling 10 sen

+Pump serum 2-3 titis atau sebesar saiz kacang peas

+Cedok/picit krim pelembap sebesar saiz syiling 10 sen

+Guna krim sunscreen sebesar sebiji buah anggur untuk satu muka

Bila uolls pakai skincare ni secara berlebihan, dia takkan bantu kulit uolls untuk lebih sihat, lebih glowing macam yang uolls impikan. Tapii, dia akan buatkan kulit uolls jadi :

1) Lebih kering, kemerahan dan gatal, serta radang sampai boleh timbul bintik halus pada wajah

2) Jadi terlalu berminyak dan timbul jerawat disebabkan liang pori tersumbat akibat minyak berlebihan

3) Wajah jadi kusam dan lebih sensitif. Akan jadi masalah bila kulit muka sensitif sebab uolls dah tak boleh nak apply skincare dan mekup sebarangan lagi pada muka

4) Uolls sedang buat satu aktiviti PEMBAZIRAN. Yelah, bila tepek skincare banyak-banyak kat muka, dahlah tak dapat kesan yang macam kita nak. Pulak tu kita macam membuang-buang jer skincare kita tu kan.

Kalau sepatutnya satu set skincare boleh tahan sampai 6 bulan pakai, tapi sebab selalu sangat membazir, tepek banyak-banyak dah jadi boleh pakai untuk 2 bulan jer. Kan dah membazir 4 bulan tu. Kalau uolls pakai SKII, tiap 2 bulan nak kena beli..makkkk aiii, berapa ribu nak kena spend tu. Hihihi pengsannnn

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s