Beza Antara SPF 15, SPF 30, SPF 50

Uolls, zaty nak tanya. Apa yang uolls faham tentang SPF? Krim siang atau pondesyen uolls ada SPF 15 atau 30 ataupun 50? Uolls tahu apa beza 3 nombor ni?

SPF ni nama panjangnya Sunscreen Protector Factor yang bermaksud perbezaan antara berapa lama masa yang diambil untuk muka jadi sunburn bila PAKAI SPF dengan masa muka sunburn kalau TAK PAKAI SPF.

Jadinya, SPF yang bernombor tu menunjukkan berapa lama muka kita boleh dilindungi daripada sinar matahari (UVB) daripada boleh tembus ke kulit muka dan terbakar. Takutnya kan bila sebut terbakar. Hikhikhik.

Zaty bagi contoh ye : uolls pakai pondesyen yang ada SPF 30. Cara kiraan dia,

+Average kulit kita semua akan sunburn adalah dalam tempoh 10 minit. Maksudnya 10 minit kena direct pancaran matahari, muka terus sunburn.

+Bila pakai SPF 30, dia boleh lindung kulit 30 kali ganda masa daripada terjadinya sunburn.

+kiraannya : 10 minit×SPF 30= 300 MINIT atau bersamaan dengan 5 jam

+ini bermakna muka uolls akan dilindungi dari pancaran matahari UVB selama 5 jam. Masuk jam keenam, muka akan sunburn sebab SPF tu dah habis fungsinya.

+so, faham ye? Tak pakai SPF, muka sunburn dalam tempoh 10 minit. Pakai SPF, muka tak sunburn dalam tempoh 5 jam dan akan mula sunburn pada jam keenam.

Nota zaty 1: setiap orang miliki masa sunburn berbeza. Minimum 10 minit akan sunburn bila kena cahaya matahari terik, maksimum 20-30 minit.

Notazaty 2: walaupun SPF 30 cover kulit 5 jam, SPF 50 cover kulit 8 jam, kita tetap dinasihatkan untuk apply SPF setiap 2 jam (terutamanya untuk yang aktif/ bekerja di bawah pancaran matahari) sebab SPF akan hilang bila kita berpeluh.

Nota zaty 3: SPF takkan lindung kulit 100% daripada sinar UVB. SPF 15 lindung 94% UVB, SPF 30 lindung 97% UVB, SPF 50 lindung 98% UVB. TAPIII uolls tetap kena pakai SPF juga sebagai protection untuk kulit

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s