Pati Minyak Terapi Essential Oil

Hai uolls. Hari ni zaty nak story-story ngan uolls tentang essential oil (EO). Lepas zaty up tutorial buat wap muka minggu lepas, zaty dapat banyak PM tanya apa kebendanya essential oil ni zaty oohoiii.

Nak terang detail ala-ala prof dari Oxford tu, zaty tak reti sangat. Tapi kalau nak suruh zaty cerita macam makcik Gayah kampung sebelah ok kenss?

Kita kan sebenarnya tak sebut sangat essential oil ni sebab tempat kita lebih kenal ngan perkataan AROMATHERAPY. Jengjengjengkautttt sangattt kan😂. Sebut aromatherapy jer semua akan cakapp oohhhh, ahaaaa yang wangi-wangi tulah kan zaty?

Alaaa yang bese spa-spa buat tu. Asal masuk spa bau wangi lembuttt jer. Baru bukak pintu spa jer, terasa ada hembusan asap putih yang bau nyaman, kadang harum, kadang segar. Kadang belum nak start treatment lagi mata tak larat nak bukak. Itulah kesan aromatherapy yang uolls sedut taw.

Zaty eksplain sikit pasal minyak aromaterapi ni ye atau ringkasannya EO. EO ni ekstrak yang kita ambik direct dari bahagian tumbuhan. Kalau EO lavender, daripada bunga. Kalau EO oren dari buah, ada EO yang diekstrak dari akar, benih, daun, dan mana-mana part lagi asalkan dia boleh bagi manfaat.

16998226_1344831565559836_6869939230904778914_n

Cara dia ekstrak ada kat gambar zaty tunjuk tu. Uolls tengok kat situ ye. Ala-ala kita kukus pau kacang atas dapur jer. Dalam periuk kita buh air paras hidung kat belah bawah sekali, pastu letak pau kat bahagian lubang-lubang, dan tutup periuk. Cukup 30 minit dah masak. Bila bukak periuk tu, berjejeranlah wap air yang melekat kat tudung periuk jatuh ke kaki runcing kita.

Sama jugak dengan konsep macam mana nak dapatkan minyak aromaterapi ni. Cuma yang beza suhu depa pakai nak kukus bunga/daun/batang/akar lebih TINGGI sebab nak paksa minyak keluar dari bahagian tumbuhan ni together-gether ngan wap air tu.

Dah nampak kan kenapa minyak aromaterapi ni datang dalam botol kecik-kecik je. Setakat 5-10 ml. Sebab dalam botol tu memang 100% minyak tulen hasil kukus tadi. Bila pakai pun cukup setakat calit kat nadi 1 titik.

Kalau masuk dalam mesin diffuser yang keluarkan asap wangi tu pun kita kena pakai setakat 3 titik je taw. Bukan macam perfume yang kita pakai hari-hari tu. Siap kena zass zass atas bawah, depan belakang nak bagi wangi 1 badan. Ober wangi sangat kensss.

Tapi kan uolls, zaty nak cerita ni. Part paling giler depa buat time nak dapatkan minyak ni bila depa kekahkan/korbankan :

●68 KG bunga lavender untuk dapatkan 500 GRAM minyak aromaterapi lavender
●2267 KG kelopak bunga rose untuk hasilkan 3.7 KG minyak aromaterapi rose
●75 BIJI lemon untuk dapatkan sebotol 15 ML minyak aromaterapi lemon

Jomlah uolls kita ternak bunga rose banyak-banyak. Huntung-huntung boleh perah minyak sendiri kan. Hihihi

 

Uolls boleh cari zaty kat sini taw :

whatsapp zaty : +6018-9532991

personal message zaty di fesbuk : https://www.facebook.com/ezzatyhusni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s