Asal-Usul Minyak Pati Aromaterapi (Essential Oil) Part 1

Sampai sekarang zaty dok fikir tentang FIRAUN yang hidup beribu tahun dulu. Kata pakar sejarah, zaman Firaun ni lebih kurang 5000-10,000 tahun yang lepas. Zaty suspek Firaun ni mesti hensem dan gagah giler. Walaupun dia tu gila kuasa dan kejam, tapi ngan bini dia mesti jenis yang romantik, dalam hati ada munge-munge gitew.

Ni sebab Firaun dan tamadun dia (EGYPT) adalah yang PERTAMA guna MINYAK PATI AROMATERAPI kat dunia ni. Diorang bakar minyak pati bunga rose sebab diorang percaya hajat diorang akan sampai ke syurga bersama-sama ngan wap wangi bunga yang naik ke atas dan dimakbulkan.

Diorang FULLY UTILIZE semua manfaat tumbuhan yang boleh dijadikan minyak pati pastu guna untuk kebersihan dan matikan kuman dalam istana, kekalkan tahap kesihatan optimum supaya nampak sentiasa berkuasa, ada yang dicampur ngan bahan lain untuk jadi produk kosmetik supaya kulit kekal tegang, peloles dan of coz diorang nak nampak macam kekal muda tak dimakan usia.

Queen Cleopatra pun ceritanya, dia sangat hebat dalam ilmu aromaterapi ni. Cleopatra permaisuri Mesir yang termuda sebab naik takhta pada usia 17 tahun! Dia MASTER dalam setiap ceruk ilmu minyak pati dan kalau zaman sekarang ni kita sebut AROMATOLOGIST. Sampaikan dia boleh buat campuran minyak pati yang super hebat dan dia pakai untuk goda dan tawan hati Mark Antony. Tapi part yang sedihnya, dia mati sebab bunuh diri😭😭

Finally, disebabkan Firaun sangat taksub dengan sifat KEKEBALAN dan takkan mati, diorang cipta dan gabungkan beberapa minyak pati sampai wujudlah satu campuran untuk meMUMIAkan dan AWETkan mayat diorang sendiri. Diorang percaya yang diorang akan bawak jasad yang dah dimumiakan tu kat alam selepas mati beserta dengan KUASA SUPER POWER diorang kat atas dunia ni. Sebab tu waktu omputih gali makam Tutankhamen (salah seorang Firaun Mesir), diorang jumpa 50 botol alabaster yang berisi minyak pati aromaterapi ni.

428e1ca122f0d795f3ff147484195b2d

Alabaster Jar yang jadi tempat isian dan simpanan minyak pati aromaterapi (essential oil)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s